BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, July 25, 2009

Kita Bertemu Lagi

Aku telah membuat keputusanku,ya,aku telah membuat keputusan untuk berpisah dengan teman lelakiku.Bukan apa,aku Cuma tak nak kami akan berasa sakit hati bila kami sudah ke kolej nanti.teman lelakiku akan jumpa perempuan lain,aku juga akan bertemu lelaki lain,jadi lebih baik kami berpisah dan kekal sebagai kawan daripada merasai perasaan yang derita itu.

Hari ini ialah hari Sabtu,Leha dan teman lelakinya telah membuat keputusan untuk bercuti buat kali yang terakhir memandangkan mereka akan berpisah selepas ini.
Leha:”Dah siap ke belum?!?! Bas dah nak sampai ni!!”
Boyo:”Kejap! Dah nak siap ni!!”
Leha:”ok! Cepat sikit!!”

Bas sudah pun tiba,Leha dan juga Boyo pun menaiki bas tersebut dan duduk bersebelahan sambil berbual-bual.
Boyo:”Weh! Best nya tempat yang kita nak pergi ni!! Wooohhoo! Excited gile!!”
Leha:”a’ah…(sambil tersenyum tawar)”
Boyo:”hehe nanti aku sewa 2 bilik suite besar,satu untuk awak,satu untuk saya! Suka tak??”
Leha hanya mengangguk-anggukkan kepalanya dengan perlahan.
Boyo:”Pastu mesti kolam dengan taman tema die besar!!”
Leha:”…….”
Boyo:”awak ni kenapa? Nampak sedih je??”
Leha:”tak ada apa-apa lah…”

Beberapa jam kemudian,mereka telah pun tiba di tempat yang dituju.Leha terpegun melihat bunga yang berguguran ke atas tanah dengan tiupan angin.Baru sahaja dia ingin menguntumkan senyuman,dia terus teringat kembali bahawa dia akan berpisah dengan Boyo tidak lama lagi.

“Jom masuk rumah hantu tu nak?! Jom la! Best!”
“Tak nak la..saya takut la…” jawab leha sambil mengeleng-geleng kepala.
Tetapi Boyo tidak mendengar pun apa yang diperkataka oleh Leha,dia pun menarik Leha ke dalam rumah hantu tersebut.

“Awak…saya takut la!!”
“tak pe..saya kan ada!” Jawab Boyo sambil tersenyum.
Tiba tiba,Leha berasa sesuatu di bahunya,apabila dia memalingkan mukanya, dia terjerit
Kerana ada lembaga yang mencengkam bahunya.Leha terus memeluk Boyo lalu dia berfikir
‘ni la kali terakhir aku dapat peluk dia…’
“Leha!! Leha!!”
Leha hanya terdiam di dalam pelukan Boyo.Dia tidak mahu melepaskan pelukan tersebut kerana dia mahu berada di dalam pelukan kekasihnya sehingga puas memandangkan dia akan berpisah tak lama lagi.

Harinya telah pun tiba,Leha hanya mampu menangis,Boyo pula memandang Leha dengan
Penuh rasa salah.Selepas mereka mengucapkan kata –kata mereka,Leha tetap juga tidak melepaskan
Tangan Boyo.
Boyo:”Leha, saya tak ke mana-mana pun,meman kita bukan kekasih lagi,tetapi kita akan kekal sebagai
Kawan buat selama-lamanya,saya janji.”
Leha:”Tapi….”
Boyo:”Leha,awak yang membuat keputusan ni,awak kena menerimanya,walaupun kita dah jadi kawan biasa,tapi saya masih saying awak lagi.
Boyo mencium dahi Leha lalu Leha dengan perlahan-lahan melepaskan tangan Boyo.

2 tahun telah berlalu,walaupun sudah lama Leha dan Boyo berpisah,dia tidak dapat melupakan Boyo juga.Bahkan,selepas dia berpisah dengan Boyo,hari-harinya bagai tidak member makna apa-apa pun kepadanya,Leha yang dulunya seorang yang ceria,telah menjadi seorang yang diam dan selalu ingin
Bersendirian.
“ok good morning class.” Pensyarah member ucapan kepada kelas.
“today, I’ll announce something to all of u,as u all know,our school will having a ‘one day school trip’ next month,and there’s three choice which u all can choose it by yourself,ok here’s the place..bla bla bla”
Leha terkejut kerana tempat yang pernah dia bercuti bersama Boyo dahulu juga tersenarai dalam
Pilihan tersebut,hatinya dengan tiba-tiba menyuruhnya pergi ke tempat itu.

Masanya telah tiba,semua pelajar kolej berasa seronok kerana mereka akan mengadakan lawatan di
Tempat pilihan mereka sendiri,tetapi tidak Leha,leha hanya mampu menahan sebak apabila sampai di
Tempat tersebut.

Leha menangis di tengah taman bunga sambil teringatkan kenangannya bersama Boyo,dia berasa
Sungguh menyesal kerana membuat keputusan untuk berpisah dengan Boyo.Sedang leha menanigs,tiba-tiba datang kelibat yang amat dia kenali.Leha berasa sungguh terkejut kerana
Kelibat tersebut merupakan Boyo.Leha berasa gembira di sebalik tangisannya,dia berlari kea rah Boyo dan memeluknya lalu bertanya,
“macam mana awak boleh pergi kat sini..”
“saya..hati saya meronta suruh saya datang kat tempat ni,saya tak sangka akan berjumpa dengan awak.”

Leha mengeratkan dakapannya sambil menangis kegembiraan lalu berbisik,
‘KITA BERTEMU LAGI……….”

0 comments: